Saturday 12 April 2014

SPIRITUAL DISTURBANCE SEMINAR

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis...uhukk uhukk uhukkk...maap deh baru nak menulis balik dekat blog nie setelah berkurun lama ditinggalkan berada dalam alam mesteri blog nie....hehehe...k merepek kejap...

oklah malas nak bebel panjang nanti sahabat semua bosan kan...so shera nak straight to the point je citer apa entry shera kali nie...tertiba jari and fikiran shera terpanggil semalam untuk berkongsi dengan sahabat semua apa yang terjadi semalam

*jenggg jennggg jennngggg*



sebenarnya semalam dah berlangsungnya Spiritual Disturbance Seminar yang merupakan salah satu event besar INSPIRE CLUB..alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi...syukur sangat sangat sebab dapat involve untuk seminar kali nie...Ustaz Suhaimi merupakan Pengasas Perubatan Islam Darul Ruqiyyah yang sangat osemmm...tak larat gelak waktu ustaz bagi talk....and this is the best event yang shera pernah datang sebab tak ngantok langsung...berpage page salin nota tau...oklah meh nak citer dekat semua sahabat apa yang shera dapat.

SLOT 1: Pengenalan Kepada Dunia Makhluk Halus




dalam slot nie ustaz ade terangkan yang dalam quran ada menyebut tentang jin sebanyak 84 kali dimana dunia jin ini memang wujud yang kita tak dapat lihat melalui mata kasar kita. Ustaz juga ada citer kalau kita nak berubat bila masuk je dekat rumah perawat tue if orang tue tahu segala-galanya pasal kita maknanye dia menggunakan jin sebagai perantaraan so orang macam nie kita tak boleh g berubat...ayookkk..ayat ustaz yang buat shera termenung seketika bila ustaz cakap "Ilmu perubatan islam nie bukan boleh dikutip tepi jalan."  pastu ustaz ada cakap beberapa step untuk merubat orang bukan macam bomoh yang tertiba tahu segalanya.

1. pesakit ada gangguan atau tak
2. berapa peratus gangguan yang ada
3. kenal pasti gangguan (histeria,rasuk,saka,dll)
4. Jenis apa gangguan 
5. Diperbuat daripada apa gangguan nie

lepas tue ustaz ada cakap yang jin nie ada 3 kategori

1. Jin yang duduknya diudara
- digunakan dalam silat mata
-bersayap
-jin nie selalu duduk ditempat yang tinggi

2. Jin yang berbentuk binatang
- ular, kala jengking, anjing hitam
- bila jumpa binatang nie jangan terus bunuh sebab takot ia merupai jin
-minta perlindungan daripada Allah

3. Jin yang berpindah randah
-hidupnya bersama manusia
- histeria
-saka

oklah nie je nak tulis untuk slot 1...banyak lagi sebenarnya tapi macam penat je nak tulis semua...hehehe...so now we move to second slot

SLOT 2: Tanda-tanda Gangguan


dalam slot nie ustaz ada terangkan sikit tentang jenis jenis sihir 
1. Sihir gila
- selalunya ada dekat orang gila
- bila dipegang badannya panas

2. Sihir tak bermaya
- macam orang putus cinta
- sebab ia melibatkan jiwa
- mencintai seseorang secara melampau
- selalu ganggu waktu dalam ketakutan

3. Sihir panggilan
- mendengar bisikan
- bila dengar macam tu ia bermakna badan ada gangguan dan tempat tue juga ada gangguan

4. Sihir penyebab penyakit
- Darah: Kanser, dll
- Saraf: tarik, strok, dll
- Tulang: osteoporosis, dll

5. Sihir pendarahan
- bagi wanita, period berlebihan(istihadah)
- sukar untuk mengandung
- period tidak teratur

6. Sihir menahan pernikahan
- kawin tapi tidak boleh bersama

pastu ustaz masuk pasal tanda tanda gangguan. Tanda tanda nie terbahagi kepada dua :

1. Tanda tidur
- susah tidur waktu malam
- boleh tidur tapi terjaga jaga
- melalui mimpi benda halus nie masuk
- mimpi binatang berbisa (ular, anjing, buaya,kucing)
- mimpi buaya dikaitkan tentang ilmu persilatan dan kebal
-mimpi kucing dikaitkan dengan sihir pengasih
- tidur tiba tiba ketawa, menangis, bersilat dan meracau
- mimpi lambang salib
- tidur gigi berbunyi (saka peringkat awal)
- mimpi kotor, kubur
- mimpi bertemu paderi (jin kafir)

2. Tanda jaga
- hilang semangat ke kelas, ke majlis ilmu
- rasa sesak nafas waktu asar
- sakit anggota badan
- kuku hitam, nafas busuk, batuk berpanjangan, berdarah (santau)
- lenguh seluruh badan
- badan sentiasa lebam
- ketumbuhan yang sukar diubati
- mudah panik
- terasa memijak telur dan batu
- hilang darah yang tak tahu kemana
- agresif

SLOT 3: Ayat-ayat amalan

so dalam slot nie ustaz lebih menceritakan tentang sanad, zikir dan wirid. tak banyak yang nak diulas dalam slot nie. Dalam slot ini ustaz membuat sesi pengijazahan ayat amalan untuk sesiapa yang datang dan  kami perlu istiqomah untuk benteng diri. so sampai sini je shera mampu huraikan apa yang shera dapat semalam. 

banyak lagi sebenarnya yang shera nak tulis tapi shera mohon ampun sebab tak dapat tulis semua. insyaAllah kalau shera nak tulis lagi shera buat part 2...tue pun kalau rajin...hehehe...tapi series cakap pengalaman yang sangat berharga yang bagi shera sangat lah rugi kepada yang tak dapat datang...tak apa jangan sedih ya yang tak hadir...nak tahu lebih lanjut boleh je layari laman blog ustaz and search dekat youtube nama ustaz..banyak jugak ilmu disana.

sekarang barulah shera tahu kenapa Allah takdirkan shera untuk jadi komiti Spiritual Disturbance Seminar...pengalaman dibawah biro publication n promotion & multimedia merupakan pengalaman pertama sangatlah berharga...sebab sebelum ini shera sangatlah nak involve dengan Perkampungan Menara Gading Kebangsaan anjuran PKPIM untuk berjumpa dengan adik adik... tapi akhirnya shera ke Spiritual Disturbance Seminar.. aturan Allah cukup indah...syukur alhamdulillah dan inilah hikmahnya...Alhamdulillah...

Big thanks to

Ustaz Suhaimi Rozali,
thanks to all committees, 
thanks to all participants,



p/s: kuatkanlah benteng pertahanan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Thursday 19 December 2013

SAAT BAI'AH DILAFAZKAN

20/12/2013...... 11.36AM




Bismillahirrahmanirahim...Assalamualaikum semua sahabat yang sudi menjenguk entry shera kali ini. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis entry kali ini...ehemmm ehemmm sebelum shera tulis dengan lebih lanjut...ingin sekali shera ucapkan selamat ber final exam buat diri ini dan semua sahabat UIA...gunakan study week ini sebaik mungkin...study study jugak...tugas sebagai khalifah di muka bumi jangan lupa ye.http://eemoticons.net

ok shera stop bebel bla bla bla...http://eemoticons.net orait semua...entry shera kali ini nak menceritakan serba sedikit tentang event yang telah berlaku 2 hari yang lepas iaitu pada hari rabu...hahhh nak tahu ape x? ok ok ok event tersebut dinamakan ijtima' sughra...so dalam event nie shera dan sahabat sahabat batch 13 inspire diserapkan masuk kedalam biro masing masing dekat inspire....nak tahu apa biro dalam inspire ke?moh le masuk inspire baru tahu kan..*promote* http://eemoticons.net

oklah nak dijadikan citer waktu abg ahmad our new president INSPIRE *tepuksikit* announce kami nie masuk biro mana...jangan nak cakap lah kan hati nie cam dup dap dup dap je rasa...mau x nya sebab shera sentiasa harap yang shera dapat biro yang shera nak...bukan apa sebab shera nak mengasah dan mempelajari dengan lebih mendalam apa yang shera minat http://eemoticons.net...akhirnya alhamdulillah apa yang dihajati tercapai...syukur sangat

so lepas dah tahu semua tue kami pecah ikut biro and that time shera cam cam cam...wahhh susahnya nak mengalas tanggngjawab ini...tapi shera yakin dan percaya setiap apa yang kita lakukan kerana Allah pasti Dia akan permudah kan...so shera berlagak relaks cool n steady lah kan...padahal hati nie cam bolehkah aku mengalas kan tanggungjawab yang diberi? soalan ini sampai sekarang bermain diminda shera...seperti yang shera sentiasa cakap bila round table or postmoterm...bilamana TANGGUNGJAWAB itu wujud ia terbahagi kepada dua 
TANGGUNG - amanah yang telah diberikan oleh manusia kepada kita...seharusnya kita gunakan sebaik mungkin
JAWAB - macam mana kita nak berdepan dengan Allah nanti dikemudian hari untuk kita jawab terhadap amanah yang diberikan



hahhh nampak x berapa beratnya tanggung n jawab itu...shera sentiasa harap sokongan n dorongan dari sahabat sahabat, senior senior dan semuanya mendoakan shera dan yang lain dapat mengalas amanah ini sebaik mungkin...bukan hanya dalam INSPIRE sahaja...tapi dalam apa yang dilakukan

so, bila dah tahu jobscope masing masing...tibalah masanya kami melafazkan bai'ah...disaat bai'ah dilafazkan shera menghayati setiap bait kata kata itu dan terasa macam satu perasaan yang SAPPPP masuk dalam hati minda dan bahu nie merasakan bermulanya tanggungjawab yang baru....shera tahu bukan mudah...tapi shera yakin dan percaya Allah sentiasa berada disisi orang yang melakukan sesuatu perkara kerana Dia...semoga shera beroleh kekuatan untuk mengalas tanggungjawab baru ini yang diberikan...insyaAllah...akhir kata, ingatlah diwaktu kita ber AIT kita ber bai'ah dan kini satu lagi langkah buat kita...maka galaslah tanggungjawab ini sebaik mungkin...dan selamat bekerjasama semua ^_^



buat sahabat batch 13 INSPIRE CLUB

ini permulaan kita,
jangan pernah toleh kebelakang,
maka mara dan teruslah maju kehadapan,
untuk mengalas tanggungjawab yang diberikan

jangan pernah gundah gulana
kerna kita dipilih olehNya untuk amanah ini
walau dimana jua kita berada
ingatlah sahabat semua
Allah berada bersama kita

mara terus mara 
nasihat yang diberi oleh merek yang berpengalaman
jangan pernah diabaikan
insyaAllah jika niat kita untuk membantu agama kita
Allah akan membantu mempermudahkan urusan ini

BATCH 13 SAPPPPP


p/s: walau dimana jua kita berada...walaupun tidak dibawah biro yang sama tapi kita tetap bernaung di naungan yang sama...saling melengkapi antara satu sama lain...berjuang kerana agama...
ar-Rubhan fillail, wal fursan finnahar 

Thursday 17 October 2013

Dikala Hati ini Kekosongan

18/10/2013............11.05am





Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum semua sahabat-sahabat shera yang tengah menjenguk blog shera nie...apa kabor?shera harap semuanya sihat walafiat ya...kepada yang sakit tue jangan lupa makan ubat dan berdoa semoga diberi kesembuhan...alhamdulillah wujudnya entry kali nie maka wujudlah ilham untuk shera tulis...walaupun shera tak tahu nak tulis ape...hehehe    ok xpe xpe...shera try fikir nak tulis apa ye...

xxxxx seminit berikutnya xxxx

hehehe...nampak benor nipunye kat atas tue...oklah2 kali nie shera nak citer mengarut mengarut sikitlah...bagi semua yang baca nie pun jadi mengarut jugak...lalalala~ 

orait shera nak tanya sikit...pernah tak kita merasakan diri kita ini kekosongan?kalau zaman remaja sekarang akan cakap..."wehhh aku rasa cam kosong ar bro...pe nak buat nie dohh?" hahh gitu ayatnya...hehehe...oklah apa yang shera nak cakap nie sebenarnya apa yang shera alami...setiap hari shera akan rasa benda yang sama...and I will always cry when its goes to critical situation...tapi shera selalu kena marah sebab bila sedih je nak nangis...nak nangis je bila sedih...cer cari benda best sikit aiskrim ke kek ke...baru best sikit...*copypasteayatorang* nahhh amik kau kedebok kena diri sendiri..  sabor jelah~

so disini shera nak cakap...mungkin bagi sesetengah orang cara untuk mengisi kekosongan adalah dengan keluar jalan-jalan, shopping, makan coklat (not my fav), berkaraoke (kalau shera dalam tandas je mampu), sibukkan diri, dan yang paling baik ialah dengan mengisi kekosongan itu dengan mendekatkan diri kepada Dia...alhamdulillah...shera sangat tabik springggg orang yang macam nie...and shera sangat admire dengan mereka yang baik macam nie ...semoga shera pun boleh jadi salah seorang yang macam tue jugak...amin ya rabb...

tapi kalau shera rasa kekosongan...shera suka ngat bersendirian and shera xkan balas mesej yang orang bagi, kol, wassap, wechat and pape jelah yang sama waktu dengannya...pastu sampai bila pun memang shera xbalas sebab dah xingat kan..hehehe...so maaflah ye kalau shera x balas tue...

actually kalau kita duk sorang sorang...diam pastu kita mesti akan ingat...kenapa kita rasa kosong...secara automatikona *automatik* kita akan terkenang segala kesalahan yang pernah kita lakukan...and secara automatikiri air mataku jatuh berlinangan gitu...betul x???  shera sentiasa inginkan orang yang rapat dengan shera faham apa yang shera rasa...tapi shera silap...orang lain takkan faham and rasa apa yang kita alami...tapi Dia lebih lagi mengetahui apa yang kita alami...cer fikir jap...berapa lamakah kita dalam sehari teringat akan Dia?cuma dalam solat je ke?tanyalah diri kita sendiri...sebab kita lebih tahu tentang diri kita...

Dia yang shera maksudkan adalah Dia yang menciptakan kita...Dia yang sentiasa menjaga kita...Dia yang memberi kita peluang untuk hidup....Dia yang memberi kita pinjam semua yang ada di langit dan dibumi...Dia yang berikan kita apa yang kita ada sekarang....tapi dimana kita selama ini kan....

sebab itulah...kadang kadang...hadirnya perasaan kosong ini adalah saat yang paling shera suka...sebab shera akan rasa betapa hinanya, bodohnya, jahilnya diri ini...ok ok ok...relaks shera...cool bebeh....hehehe...idok lah itew nak emo...itew saja je nak citer...oklah...sampai sini dululah entry shera...dari x de idea tadi...sampai melalut panjang dah nie...shera harap apa yang shera tulis kali ini dapat memegang hati hati sahabat sahabat untuk fikir dan renung semula apa yang kita lakukan selama ini...renung renungkan dan selamat merenung...




Hati ini penah kosong,
Dikala sunyi sepinya 
tidak kira walau malam atau siang
walau cerah atau gelap
walau hujan atau panas
ia tetap hadir untuk memberiku sebuah harapan
yang tidak pernah aku ungkaikan
segala persoalan yang bermain di minda

Hati ini milikmu ya Allah,
damaikanlah ia...
maka engkau peganglah ia
kerna diriku sering alpa didalam setiap langkahku

hadirlah kekosongan ini
bersama sama sebuah sinaran warna yang bisa mengembirakan
hadirlah kekosongan ini 
bersama sama air mata sebuah keinsafan yang kekal buat diriku....

nukilan syahirahsyasha


p/s: jagalah diri sahabat-sahabat...gunakan masa sebaik mungkin...andai pernah jatuh maka bangunlah...berikan diri sahabat sahabat sedikit masa untuk merenung sedalamnya...jangan terlalu leka...

salam sayang dari syahirahsyasha aka shera...assalamualaikum... byeeee  















Friday 27 September 2013

MINGGU AIR MATA UJIAN

Saturday.... 1.08am


Bismillah....Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang sedang merajinkan diri untuk baca entry shera kali ini....sebelum tue ape kabor semua???sihat ke idok?? shera doakan semua sihat-sihat ya dibawah nikmat yang Allah telah berikan....and again here we meet because of HIM (Allah SWT)...btw gempak tak tajuk entry kali nie??hehehe...ok stop mengarut shera oiiii....tapi sebelum tue kan...saja nak cakap this is my first time shera update blog waktu kat uia...kalau sebelum nie shera akan update bile dekat rumah je...nak tahu kenapa x??? ehemmmm mana boleh bagi tahu sekarang...akhir entry nie baru shera citer ye...kasi suspen gitu...lalalalala

Alhamdulillah minggu lepas shera ada ikuti satu program nie di Kuala Selangor...nak dijadikan citer tempat program sangat indah lagi permai dengan sawah padi nye, dengan pemandangan yang menarik and shera ade buat sikit tadabur alam dekat sana...tapi sendiri sendiri lah...series rindu sangat dengan sawah padi sebab waktu kecik2 dulu shera membesar dekat kedah so memang terkenal lah kan dengan sawah padi...kira macam mengimbau kenangan masa kecil gitu...  


ok sebenarnye bukan nak citer tentang program or sawah padi pun...tapi nak citer tentang sesuatu yang mengajar shera erti nikmat bersyukur, sabar...nak tahu kenapa x???   sebabnye pada hari kedua dekat sana iaitu hari sabtu tertiba mata shera rasa pedih sangat and shera assume maybe terkena bedak waktu nak tengok cermin dekat bedak kawan...shera nie alergik dengan bedak sebenarnya...so biarlah sebab nanti insyaAllah ok kan....tapi nak dijadikan citer malam tue series pedih sangat sampai x tahan...


tiba -tiba bila bangun pagi esoknya tue, shera dah rasa something dekat bahagian mata and pipi sebelah kiri...nak tahu ape tak???cer teka cer teka...

actually pipi shera dah start merah and timbul macam nanah...and panas dekat bahagian tue...petang tue otw balik uia terus pergi klinik amik ubat sebab tak tahan sangat pedih and sakitnya...alhamdulillah Allah turunkan senior yang sudi membantu shera waktu tue...alhamdulillah syukur   sebab masa tue hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya shera waktu tue


bila sampai je bilik, terus shera g kat cermin...alangkah terkejutnya shera bila tengok wajah dekat cermin dalam kondisi yang macam tue....shera x aspek akan seteruk tue...terus shera nangis...bukan sebab sakit...tapi sebab rasa cam hodoh sangat dengan bengkaknya,nanahnya...cer bayangkan cer try cer try....hehehe...

so esoknya g kelas...shera rasa malu sangat dengan muka macam tue...sebab ramai tengok dengan macam-macam riaksi...and shera series down down down sangat... rasa cam tak mo jumpa sapa sapa dah...tapi shera gagah jugak sebab for the sake of knowledge...so shera bertahan sampai lah hari seterusnya...hari selasa plak mata shera dah start tak boleh nak bukak luas sebab bengkak...then hari rabu shera balik sebab nak rujuk klinik dekat rumah...and doktor siap offer lagi nak bagi mc selama 2 hari sebab kesian tengok shera dengan wajah yang macam tue nak g kelas...confirm confirm orang akan kutuk...tapi shera fikir kalau mc nanti tak belajar plak...so shera tak amik lah...hehehe...g kelas macam biasa esoknya...

and now...alhamdulillah syukur sangat muka shera dah ok...maaflah panjang lebar plak entry kali ini....so shera nak bagitahu sikit...ujian yang Allah bagi dekat shera sepanjang minggu ini sebenarnya bila difikirkan balik...kecik je...tak banyak mana pun...Allah cuma tarik nikmat wajah sekejap je...tapi shera dah rasa cam besar sangat...sebab shera duk rasa orang kutuklah ape lah...sokmo gitu duk penting mulut orang...tapi shera lupa yang Allah sayangkan shera sebab tue DIA turunkan ujian macam tue...dan Allah turunkan sahabat sahabat and lecturer yang sanggup beri kata-kata semangat untuk shera...alhamdulillah




pernah tak kita terfikir tentang ujian Allah terhadap hambaNya dalam pelbagai cara kan...sebab DIA nak kita sedar dengan kewujudanNya...kadang-kadang kita terleka dengan hal ini...yesss kita cakay yang kita solat 5 waktu cukup setiap hari...tapi kita lupa tentang nikmat yang Allah bagi dekat kita...free free je...tak perlu bayar pun kan...cuba kita renung kembali...

sebab tuelah shera nasihatkan jangan jadi macam shera tau...asyik menangis and keep on thinking what people say about you...tapi lupa yang Allah sedang melihat...jangan plak bila ditimpa musibah baru nak ingat dekat DIA...tapi sentiasa lah bersyukur dengan nikmat yang ada...terutama sekali nikmat bernafas...



hahhh...menjawab kepada soalan suspen di atas nape shera update dekat uia and bukan dekat rumah...sapa tahu???cer angkat tangan sikit... hehehe   oklah sampai sini dulu...nanti sahabat sahabat bosan tahap maksima plak duk baca entry panjang lebar nie kan...hehehe...sebabnya shera terpanggil untuk share dengan semua kenangan yang membuatkan sepanjang minggu ini dikenali sebagai minggu air mata...hehehehe..tue jelah jawapannye...

oklah...shera pun dah nak tido...oraitt daaa semuaaaa    


p/s: Thanks ya sudi baca entry shera kali nie...harap sahabat sahabat semua enjoyyyyyy....semoga memberi manfaat ya....





Tuesday 27 August 2013

REUNION KUPARIAN 2013


28/8/2013 .... 2.00pm


Assalamualaikum semua yang masuk blog shera nie... masuklah masuklah masuklah... ada story nie nak kongsi kongsi gitu...moh le jenguk ye                            
 ... \
tapi sebelum tue nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...shera mintak maaf deh kalau ade buat salah atau menyinggung mana mana hati gitu *dupdapdupdap*

oklah back to our issue...hahhh nampak tak tajuk kat atas tue...so shera nak citer tentang reunion kuparian...mesti ade yang nak tahu kan...reunion ape lah yang best sangat shera nak citer nie...baru baru nie pada 24/8 merangkap pada hari sabtu yang lepas...3rd batch mrsm kubang pasu,jitra, kedah adakan program motivasi dengan pelajar form 4....dah lama merancang...semua nie idea our program manager lah, aizat....die lah duk rancang semua nie...

so alang-alang buat motivasi dekat juniorsss gitu sekali lah dengan reunion...series kali nie tersangatlah awesome...sebabnye kawan kawan dari mesir, jepun, rusia balik ke sini so memang happening lah kan...penuh kot psp dengan geng 3rd batch...suka ngatttt
 


lepas motivasi untuk form 4, kami dipanggil untuk jumpa juniorsss form 5...so dah habis semua gerak g beraya rumah cikgu rosmawati aka cikgu sejarah masa form 5 dulu...seronok sangat...waktu kami sama sama susah nie lah cikgu menghulurkan bantuan...terharu sangat sangat...tanpa cikgu rosmawati, cikgu nazri n cikgu kaunseling tue memang xtahulah apa akan jadi dekat kami semua...tapi sebenarnya bila difikirkan disebabkan inilah pemikiran kami lebih matang dan membuatkan ikatan persaudaraan kami lebih kuat dan terus kuat...alhamdulillah...


seriesly sehari memang xcukup untuk bercerita panjang waktu reunion baru-baru nie...tapi tak pelah insyaAllah akan bertemu lagi di waktu yang lain...entah entah waktu tue nanti dah ada yang kawin dan ada anak lagi tue...bak kata cikgu rosmawati hari tue batch awk semua nie unite sgt..xmcm batch lain..entah2 nnt ade yg kawin sesama batch.." nie ayat cikgu tau...shera tak tambah pape...

oklah apa yang penting shera dapat waktu reunion baru-baru ini...pengalaman mengajar kita untuk lebih berfikiran terbuka...sepanjang kita di maktab banyak benda dah kita sama sama lalui..suka duka kecewa pasrah bahagia...semua bercampur baur...tapi hasilnya sekaranglah kita...dulu mengajar kita untuk menjadi sekarang....jadi shera doakan semua 3rd batch mrsm kubang pasu berjaya dalam bidang masing masing....buktikan bahawa batch kita adalah yang terbaik...yang dapat menghasilkan banyak orang ternama...all the best ya...jangan lupa sentiasa ingat kepada Dia.sebab kunci kejayaan kita terletak sejauh mana hubungan kita dengan Allah.

special thanks to 3rd batch mrsm kubang pasu...series shera seronok sebab kenal dengan anda semua...sebab anda semua mengajar shera erti sebuah kekeluargaan... 


oklah penat dah nak menulis...shera sertakan beberapa gambar untuk kenangan ya.. semoga ukhwah kita sehingga ke jannah...amin


oklah penat dah nak menulis...shera sertakan beberapa gambar untuk kenangan ya.. credit to mamu, aizat,jimbo...minta izin ye amik gambar letak sini...hehehe


all about us...we create the relationship and we unite 

my homeroom, hr 6..insyaAllah nanti bagi cukup 14 ye (^_^)


TALK & FORUM



SHARING MOMENT

by yap

by shera n azy

by safwat

by alief

homeroom 13



blok akademik nie lah tempat belajar n prep dulu2




dewan exam and perhimpunan (^_^)



oklah sampai sini dulu ya...penat menulis dah...fuhhh...thanks sebab baca entry kali ini sampai habis...lepas nie jangan jemu jemu datang baca entry yang lain dari blog shera nie ye...sekadar perkongsian pengalaman..pengalaman tak dapat diceritakan melalui gambar dan penulisan tapi kemanisannya pengalaman dapat dirasai apabila kita sendiri mengalaminya...oklah daaa semua 

 


Assalamualaikum ....










Thursday 18 July 2013

SWEET MEMORY FOR NEW FAMILY

19/7/2013.....9.05AM




Assalamualaikum semua sahabat shera yang tengah membelek blog shera nie...ok kejap ye semua tetamu yang ade kat sini....fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *tiup habuk* aduyaiii maaf lah ye berhabuk sudah blog nie...aigooo mana x habuknye dah hampir 2 bulan x update pape...almaklumlah busy katakan....shera kan femes...  hehehe....xdelah memain je...sebenarnye sebelum nie xsempat nak tulis pape...almaklumlah nak tulis kena ikut mood gitu kan....

Dah...dah mungkin shera kena teruskan apa yang nak tulis pagi nie kot...hohoho...nampak x atas tue ade tulis friendship...actually ini bukanlah sekadar friendship but almost like family...my new family...jangan jeles ye shera ade family baru....hohohoho sebenarnye shera nak citer tentang INSPIRE...hahhh amik gitu...lepas final exam sem 2 shera kena join AIT...so nak tahu x its stand for what...xmo citer sebab kalau nak tahu join dulu INSPIRE gitu...lalalalala~ 

ok stop merepek...AIT tahun nie buat dekat lubok manggis area sungai congkak...kalau xtahu sungai congkak kat mana google sendiri...xkan semua nak bagi tahu kan...*marah*  nak dijadikan citer AIT berlangsung sepanjang 4hari 3 malam if im not mistaken lah kan...almaklumlah dah tua..xingat sangat...hahaha...

pengalaman yang shera xkan lupakan dekat situ shera n peserta lain semua kena seksa dengan cc dari awal dekat sana sampailah hari ke 3...hari ke 4 cc dah jadi baik...nak tahu tak setiap hari shera nangis ooo sebab cc tue bukan seksa dari segi fizikal je tapi dari segi mental jugakkkkkk!!!!! stresss sedih tau bila jadi camnie...mau x nya 1st day dah kena jalan itik...amboii...amboiii banyak cantik suruh orang jalan itik...jalan itik xpe lagi..nie jalan itik dari bawah sampai atas...berbukit kot...arrrrrr geraaammmm tau x gerammm...and semua tahu kan ape side effect jalan itik dekat perempuan...agak agak ar bro...tapi xpe shera still bertahan even nangis jugak...hati lembut lah katakan shera nangis bukan sebab apa...shera nangis sebab actually on that day I have to be at home sebab dah memang lama sangaattttt x balik rumah...so nangislah kan and shera x boleh tengok orang lain pun kena hukuman yang sama...even shera xkenal sangat yang lain tapi shera rasa ukhwah kami terlaluuuuuuu erat....




so hari seterusnya sampai lah last day kat sana macam-macam pengalaman dapat diterima....series best...xrugi lah shera habiskan air mata sepanjang 4 hari kat sana...habis air mata shera...aigooo nie semua sebab 1 tekad dan 1 tujuan untuk belajar menjadi fasilitator...shera xmo citer lebih lebih sebab pengalaman yang berharga bukan dapat digambarkan melalui penceritaan tapi melalui apa yang kita rasa bila kita berada disituasi tersebut...

and sepanjang berada disana sahabat-sahabat baru shera banyak berikan semangat walau ada yang x diucapkan tapi tengok semangat mereka buatkan shera kuat untuk teruskan...*fuyooo dah macam drama perang gitu* xlupa jugak kepada abang-abang and kakak-kakak yang pandai berlakon bagi menjayakan AIT even berlakon pun mereka memang the boomm kebabommm...hehehe...
maaf ye kakak-kakak n abang-abang sebab banyak menyusahkan and because of AIT lah shera dapat family besar yang besar sangat...and until now I really happy and proud to be here...oooyeeahhhh thanks a lot ya to all...anda semua mengajar banyak benda pada diri ini yang penuh kekurangan....so inilah keluarga baru shera...


SIR YES SIR!!!

THEN MY TEAM AT AIT SHE ZA QIL AKA THE KUNCI

ARTIS BERKUMPULAN POPULAR


THANKS KUNCI GROUP ESPECIALLY OUR TRAINERS KAK WARDAH N KAK NUR

SPECIAL AIT YEAYYY KELUARGA BATCH 13 BERTAMBAH

Ukhwah yang terjalin
bermula dari sebuah pengenalan
sehinggalah ia semakin
kuat dan terus menguatkan

biarkan ukhwah terus terjalin
jangan diputuskan jangan dirobekkan
jangan dipisahkan dari pemiliknya
kerna ia pengikat silaturahim

Ukhwah ibarat seutas rantai mutiara
ia terlalu hampir dan terlalu dekat
andai ia putus maka hilanglah serinya
semoga ukhwah ini terus terikat

oklah sampai sini dulu entry kali ini...series shera sangat happy n excited masa tulis entry kali ini...hopefully keluarga besar ini terus mewarnai hidup shera and sorry for everything... jumpa lagi di lain entry daaa